29 March 2011

MAJU :)

Assalamualaikum readers.

Hari ni, orang nak kongsi sesuatu. Tadi orang ke Unisel Shah Alam. Seperti biasa la, orang menggunakan kudrat apa yang ada : K.A.K.I dan pengangkutan awam. Lesen yang ada, buat pekasam dalam purse je. :)

Okey, cerita tentang pengangkutan awam, orang da lama tak naik bas dan tadi orang pon menggunakan Rapidkl untuk ke Shah Alam dari Pasar Seni ke Seksyen 2. Yang menariknya, sistem pembayaran baru digunakan. Penggunaan "touch N go" diperluaskan. Malangnya, orang tak dapat menggunakan sistem tu. Bayar tunai saje. Tapi kisah ni, tidak berakhir di situ saje.

Alkisahnya. Selesai segala urusan, masa untuk pulang tiba. Hati berbolak-balik samada mahu menaiki U80 ke Pasar Seni atau T529 ke KTM Shah Alam Seksyen 18. Niat jahat muncul. Nak senangkan diri la kononnya. Orang bulatkan keputusan. Orang pon naik Rapidkl T529 ke KTM Shah Alam Seksyen 18. Nak dijadikan cerita, bas tu hanya menggunakan sistem pembayaran yang baru. Tiada mesin untuk pembayaran tunai langsung.

"Owh, no ! Macam mane ni ? Da la kad touch N go takda." Nasib baik, si pakcik driver baik. Dia ajar orang sistem pembayaran baru tu. Boleh guna IC rupanya. Buat malu je dengan budak sekolah. Huh, bukan orang tak tahu sistem ni diperkenalkan. Tapi tiada pendedahan sebenarnya.

Congrats Rapidkl. Satu pembaharuan. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dan kurang pendedahan, ia melambangkan satu kemajuan. ;)


Sekian,

Penulis yang tidak bertauliah :

Oranglah wanieyusoff

No comments: