Assalamualaikum readers.

Seperti biasa, ada shooting di Unisel tadi. Kali ini, orang teruja. Teruja sangat2. Wah, ada Iqram Dinzly. Yeah, Iqram Dinzly and he really2 right infront me ! Macho beb. Tak berkelip mata memandang. Kegedikan terserlah. ;)
Orite. Sedikit info tentang Iqram Dinzly. Muhammad Iqram Dinzli Bin Muhammad Saipuddin atau lebih dikenali sebagai Iqram Dinzly, merupakan anak kelahiran Perak Darul Ridzuan dan dilahirkan pada 29 September 1981. Beliau telah menamatkan pengajian dalam jurusan Seni persembahan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam.
Iqram Dinzly merupakan seorang pelakon dan model. Beliau pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran CLEO Magazine pada tahun 2006. Selain berlakon, Iqram Dinzly berbakat dalam bidang tarian. Beliau sangat aktif di dalam pertubuhan tarian di UiTM iaitu Persatuan Anak Seni Kampus atau lebih dikenali sbg "PESKA", di mana salah satu persatuan yg teraktif di UiTM di dalam memperjuangkan irama tradisional. Selepas itu beliau menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI untuk mempelbagaikan skil dalam tarian di mana persatuan tersebut lebih menonjolkan tarian kreatif dan moden. Watak yang mempopularkan beliau dalam bidang lakonan adalah sebagai "Ijoy" dalam Janji Diana dan "Umar Darius" dalam drama bersiri Dunia Baru musim kedua dan ketiga. Kini beliau semakin dikenali dengan pelbagai watak kerana sikap beliau yang begitu komited dan ingin menjadi versatile di dalam memperkasakan kerjaya beliau. (wikipedia)
Sekian,
Penulis yang tidak bertauliah :
Oranglah wanieyusoff
No comments:
Post a Comment