25 November 2015

SERATUS SATU

Assalamualaikum.

Pejam celik dah 86 hari berlalu. Akan ada 101 hari lagi yang mendatang. Aku cuma berharap semuanya dipermudah. Cuma harap Allah kuatkan hati aku. Pegang dan jaga hati aku dari terpesong. Kekalkan hati aku dari lari daripada landasan. Teguhkan hati aku walau apa jua anasir yang mengganggu.

Bila berbicara tentang hati, perbagai rasa akan hadir. Ya, aku terlalu takut sebenarnya. Takut, takut dan sememangnya teramat-amat takut. Macam-macam bercampur baur. Mengadun satu macam rasa yang tak dapat aku nak gambarkan. Hatta untuk menaip dan bercerita juga.

Terkilan dan merajuk, amat aku minta untuk dijauhkan. Pedihnya hanya aku yang rasa. Tusukan sembilu, menggigilkan aku. Terketar-ketar meluah rasa. Berdebar tidak terkira. Berdegup mengalunkan irama yang meresahkan jiwa.

Pedih itu amat meruntun. Cukup aku pernah rasa ditinggalkan terkapai-kapai. Dibiarkan bangkit dengan sendirinya. Sehingga kini, rasa itu sudah mati. Aku biarkan ia berlalu pergi. Tidak akan aku kenang waima sekelumit. Nyah rasa tidak enak itu.

Sinar baru menjelma. Memuntahkan rasa yang amat mempesona. Aku terkesima. Terkelu tidak terkata. Terpaut!

17 November 2015

ONE STEP CLOSER


Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Takda apa yang dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Syukur and terima kasih Ya Allah. Kau permudahkan segalanya.

Tak terjangkau dek akal yang aku bakal menjadi suri seseorang tak lama lagi. Segalanya macam pantas berlalu. Dia hadir, tidak diduga. Sesingkat perkenalan kami, sejambak kasih sayang mekar bercambah.

Awak, I love you to the moon and back. Terima kasih hadir dalam hidup saya. Hope, kita dapat mengharungi segala detik suka mahu pun duka bersama-sama. Harap juga, mahligai rumah tangga yang bakal kita bina tak lama lagi senantiasa di bawah lindungan dan barakah Allah hendaknya. Amin.

02 November 2015

HELLO


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hello readers. Lamanya tak menjengah ini harta karun. Aku rindu nak menaip. Aku rindu nak meluah. Aku rindu nak berpuisi. Aku rindu nak berpuitis. Segalanya aku rindu!

Ehhh, aku? Aku? Aku? Saja aku ubah angin. Sebab aku rasa blog ni blog personal aku and aku dekat dengan blog ni satu ketika dulu. So, saja aku ubah panggilan untuk diri aku sendiri. Banyak kejadian2 sepanjang aku menyepi. Banyak benda aku nak coretkan. Ada masa nanti, aku jengah balik. Time nak balik dah ni. Jumpa lagi sayang (=

19 July 2013

SEPULUH SEMBILAN EMPAT BELAS TIGA PULUH EMPAT HIJRAH

Assalamualaikum and morning.

Since, hari ni dah hari kesepuluh kita puasa, tapi orang tak post apa-apa pun berkenaan Ramadhan. Ada beberapa perkara yang berubah untuk past two three weeks. Orang pun tak tahu nak describe macam mana. But orang harap perubahan ni adalah satu perubahan yang akan membawa kepada satu titik permulaan baru yang lebih tersusun dan terjamin dengan tidak mengabaikan segala suruhan dan perintahNya. Ape pun, orang harapkan khabar gembira dan akan berkekalan sehingga segala perancangan terlaksana dengan jayanya. InsyaAllah, amin.

Okeh, kita tutup cerita dekat atas. Hari ni, orang nak share tentang banyaknya ganjaran berpuasa Ramadhan. Jom sama-sama kita dapatkan manfaat. Jangan hanya kerana semua orang berpuasa di bulan Ramadhan kita pun puasa tanpa menghayati mengapa kita perlu berpuasa.

1. Pintu Syurga dibuka, Pintu Neraka ditutup 
- "Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup semua pintu Neraka dan diikat semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Pahala berlipat ganda
- "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman : 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku'." (Hadith riwayat Muslim)

3. Perisai dari siksaan
- "Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (Hadith riwayat Imam Ahmad)

4. Doa sangat mustajab
- "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir." (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

5. Diampuni segala dosanya yang lalu
- "Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat An-Nasai'e)

6. Jauh dari Api Neraka
- "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."(Hadith riwayat Al-Bukhari)

7. Beroleh 2 kegembiraan
-"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

8. Masuk dalam syurga
- Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith riwayat Al-Bukhari)

28 June 2013

HARI-HARI YANG PASTI

Assalamualaikum.

Buat awak yang sentiasa dirahmati Allah:

Awak, bukan saya tidak mahu memandang wajah awak.
Tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti.
Hari-hari yang pasti.

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pada awak.
Tapi saya selalu tersenyum di dalam hati.
Agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari.

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pada awak.
Tapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti,
saya tak perlu bertanyakannya.
Dan saya sentiasa merasainya.
Di hari-hari yang pasti.

Bukan saya tidak mahu bercakap dengan awak.
Tapi saya ingin menghabiskan bicara-bicara saya,
tika mana saya dan awak, bukan lagi 'saya' dan 'awak'.
Di hari-hari yang pasti.

Bukan saya tidak mahu chatting dengan awak.
Tapi saya takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi,
untuk membelai rambut awak.
Di hari-hari yang pasti.

Bukan saya tidak mahu mesej awak
Tapi bimbang Allah menarik nikmat cinta duniawi,
yang diidamkan oleh semua insani.

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak.
Tapi, saya bimbang wajah ini tidak akan lagi memeberikan senyuman,
di setiap pagi.
Di hari-hari yang pasti.

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak.
Tapi saya bimbang semyuman ini pudar dan layu.
Di hari-hari yang pasti.

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah untuk hari lahir awak.
Tapi saya bimbang hadiah itu adalah yang terakhir,
dari saya untuk awak.
Tidak lagi di hari-hari yang pasti.

Awak, yakinlah, percayalah.
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak.
Tetapi rindu ketika ini tidak akan membawa rindu saya pada ilahi.
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.

Bukan saya tidak ingin mengatakan saya mencintai awak.
Tapi saya tahu cinta saya saat ini,
tidak juga membawa saya kepada cinta ilahi.
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.
Saya tidak mahu agar hati saya dan hati awak mati.
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ilahi.

Awak, tunggulah sebentar hari-hari yang pasti.
Tika itu, andai saya jatuh, awak akan menghulurkan tangan,
untuk memberi saya harapan.
Tika saya kesedihan, awak bersedia,
untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.

Tika saya berseorangan, awaklah teman.
Tika saya kelalaian, awaklah yang mengingatkan.
Tika itu, saya dan awak, bukanlah 'saya' dan 'awak' lagi.
Kerana ia adalah hari-hari yang pasti.

Berdoalah untuk hari-hari yang pasti.
Hari-hari yang pasti bagi mereka yang,
menyandarkan harapan pada jalan kebenaran.
Dan itulah jalan yang telah islam berikan.

Copy paste dari Bercinta Selepas Nikah