Assalamualaikum and morning.
Since, hari ni dah hari kesepuluh kita puasa, tapi orang tak post apa-apa pun berkenaan Ramadhan. Ada beberapa perkara yang berubah untuk past two three weeks. Orang pun tak tahu nak describe macam mana. But orang harap perubahan ni adalah satu perubahan yang akan membawa kepada satu titik permulaan baru yang lebih tersusun dan terjamin dengan tidak mengabaikan segala suruhan dan perintahNya. Ape pun, orang harapkan khabar gembira dan akan berkekalan sehingga segala perancangan terlaksana dengan jayanya. InsyaAllah, amin.
Okeh, kita tutup cerita dekat atas. Hari ni, orang nak share tentang banyaknya ganjaran berpuasa Ramadhan. Jom sama-sama kita dapatkan manfaat. Jangan hanya kerana semua orang berpuasa di bulan Ramadhan kita pun puasa tanpa menghayati mengapa kita perlu berpuasa.
1. Pintu Syurga
dibuka, Pintu Neraka ditutup
- "Apabila telah tiba
Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup semua pintu Neraka dan diikat
semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Pahala berlipat
ganda
- "Segala amal kebajikan
anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali
ganda. Allah berfirman : 'Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku
dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan
makan minumnya kerana Aku'." (Hadith riwayat Muslim)
3. Perisai dari
siksaan
- "Puasa itu perisai yang
dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan
neraka." (Hadith riwayat Imam Ahmad)
4. Doa sangat mustajab
- "Tiga doa yang sangat
mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang
musafir." (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)
5. Diampuni segala
dosanya yang lalu
- "Siapa yang berpuasa
Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala
dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat An-Nasai'e)
6. Jauh dari Api
Neraka
- "Barangsiapa yang
berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api
neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."(Hadith riwayat Al-Bukhari)
7. Beroleh 2
kegembiraan
-"...Dan bagi orang
berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu
berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan
puasanya." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
8. Masuk dalam
syurga
- Di dalam syurga terdapat satu
pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk
daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith
riwayat Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment