06 June 2012

HABUK!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, lamanya orang tak jengah blog orang ni. Since last year rupanya. Berhabuk + bersawang sudah. Kesiannya dekat awak ni. Memang niat dekat hati tu ada je nak bersihkan awak, tapi orang selalu kesempitan masa.

Sedar tak sedar, cepatnya masa berlalu. Isnin, 04062012 genap sebulan atuk (sebelah ayah) tinggalkan kami. Sekarang, hanya ada nenek (sebelah ayah) dan atuk (sebelah ibu). Kedua-duanya perlukan perhatian. Nenek semakin tidak sihat. Selalu saja sakit-sakit. "Ya Allah, sembuhkan orang-orang kesayanganku"

Dalam beberapa bulan ni, banyak perkara yang terjadi. Rasanya, tak perlulah orang coretkan dekat sini. Cuma satu, orang dah tak bekerja dekat Brickfields. My new employer is Twintech Holdings Sdn Bhd. Which is orang terjun dalam education link. Position orang pun, position yang tak pernah orang bayangkan sejak tamat diploma dulu. Any way, office orang ni dekat je dengan rumah orang. Pergi kerja, ayah hantar dan balik kerja, jalan kaki. Exercise. Actually, takda la dekat mana. Ada la dalam 20-30 minit berjalan kaki. Sometimes, orang rembat motor ayah jika ayah tak guna. Dalam 5-10 minit saja sudah boleh sampai rumah.

Okay, stop merapu berjela-jela. Sedar sikit yang orang ni dekat office. Mentang-mentang la boss cuti. Amik kesempatan berblogger pulak orang ni. Ingat nak jengah sekejap bila teringat tadi. Tapi lain pula jadinya. Now, STOP and CONTINUE DOING WORKS. Out!

No comments: