21 December 2010

TEMAN, KAWAN, SAHABAT, RAKAN DAN TAULAN

Apabila kau ingin berteman,
janganlah dipandang pada kelebihannya.
Kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan
menjauhinya.
Andai kau ingin berkawan, janganlah pula dinilai kebaikkanya.
Kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan membencinya.
Andai kau inginkan sahabat yang satu, janganlah diuji akan ilmunya.
Kerana apabila dia buntu, mungkin kau akan menyisihnya.
Andai kau inginkan rakan, terimalah dia seadanya.
Kerana dia hanya seorang taulan
yang hanya manusia biasa.

No comments: