17 December 2010

BUNCIT ???



Aduh !!! Perut saya buncit. Itulah, dulu tak mahu jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah, orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat. Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Kita bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum banyak air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, kita sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.


Mengurangkan pengambilan garam


Jangan makan dengan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.


Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.


Pengambilan serat



Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.





Awasi ubat-ubatan


Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.



Hindari sembelit


Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.


Bersenam


Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.




Tanda tanya ??? Bagaimana mahu mengawal perut buncit ???


Firstly, memang there is no short cut tapi kenapa perut boleh jadi buncit ? Kenapa bukan bahagian lain ? Jika makan berlebihan, badan tiada pilihan melainkan menyimpan makanan berlebihan itu sebagai lemak. Tidak kira makanan berlebihan itu daripada lemak, protein ataupun carbohydrate, tempat simpanan lemak badan terpulang kepada genetik dan juga jantina. Bagi lelaki biasanya tempat utama adalah perut, manakala untuk perempuan di bahagian paha dan pinggang.

Sebenarnya, ada banyak pilihan dan semuanya adalah berkaitan dengan kalori. Kalori adalah sumber tenaga bagi badan dan terhasil dari makanan. Pastikan makanan / tenaga masuk tidak melebihi tenaga keluar. Tingkatkan semanan yg akan meningkatkan jumlah pengunaan tenaga. Supplement, seperti fat burner boleh membantu untuk tingkatkan metalosima badan Dengan itu ia akan menambah kepada jumlah kalori keluar. Tapi penggunaan fat burner hanya disyorkan sekiranya kita dapat mengawal pemakanan dan semanan dengan baik.


    Petua !!!


    Limau purut + kapur sirih

    Ambil sedikit kapur sirih makan dan sebiji limau purut yang sudah diperah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul sehingga sebati. Amalkan dengan menyapu disekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan ia kering sehingga ke keesokan pagi.

    Limau nipis + kapur sirih

    Ambil jus limau nipis dan campurkan dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapukan pada perut. Amalkan setiap malam.

    Limau nipis + teh o

    Sediakan teh o tanpa gula dan perahkan air limau nipis. Amalkan meminum air tersebut setiap hari.

    * Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak menghidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

    No comments: